hidup baru,2015
Friday, 9 January 2015 | 23:00 | 0 comments
rindu si dia ?
untuk apa ? aku dah terlalu bersabar dengan maki hamun dia.
tak sangka ini akhir cerita kita.
aku dah tak perlu lagi nak menunggu sesuatu yang menyakitkan hati dan diri aku
sebab aku dah cukup sakit.
aku dah tawar hati.
2015, tahun yang aku tak ingin menangis.
menangis kerana seorang lelaki yang tak berguna. serik
2014 akan menjadi tahun yang pahit bagi hidup aku.
kini, aku cuba membuka hati aku untuk seorang manusia yang dah lama bersabar dengan aku
mungkin dia ego dulu, tapi dia ego sebab malu.
malu luahkan perasaan dia dulu
kini dia dah berani cuba menyatakan cinta dia.
bagi aku dia cukup baik.
terima kasih kerana sanggup menunggu
mungkin dulu aku buta, tak sedar kehadiran kau dalam hidup aku
maafkan aku, sayang.
Dunia
Thursday, 21 August 2014 | 11:41 | 0 comments
Dunia ini penuh bayangan
bayangan yang menghantui diri
dapatkah aku melepaskan diriku ini?
dari semua bayangan ini.
imanku masih belum cukup kuat untuk menghalangnya
aku hanya mampu berdoa dan berserah kepadaNya.
aku tidak hebat, dan aku juga tidak lah terlalu lemah.
setiap manusia tiada seorang pun yang hebat dan kuat.
melainkanNya.
ingat lah wahai manusia,
kita cuma manusia biasa.
janganlah pernah kita bongkak
LEPASKAN
Wednesday, 20 August 2014 | 13:18 | 0 comments
maafkan aku
mungkin kita tiada jodoh untuk bersama
mungkin aku bukan yang terbaik untuk kau
mungkin aku bukan lagi pilihan hati kau
maafkan aku
selama ini aku menyakiti hatimu
aku tahu aku ego
ego aku tinggi
tapi,mungkin ada hikmahnya ini terjadi
mungkin satu hari nanti kau akan temui cinta sejati
cinta yang kau tercari-cari selama ini
aku cuma bayangan didalam hidup kau
aku cuma pasangan sementara untuk kau
maafkan aku
keputusan kau melepaskan aku,aku hanya boleh redha
redha atas segalanya
memori kita takkan aku lupakan
tentang kau,tidak mungkin aku dapat lupakan
aku harap kau akan bahagia dengan kehidupan baru kau tanpa aku disisi
aku cuma dapat mendoakan keselamatan dan kegembiraan kau disana.
niat aku,bukan untuk berjiwang disini.
cuma ingin kau tahu tentang isi hatiku,
selamat tinggal sayang.





